Wednesday, October 24, 2012

Apabila Tuhan uji kau dengan ujian yang boleh tahan besar.
Seperti sesuatu yang menguji kesabaran, sesuatu yang telah pun membuatkan kau mengeluarkan kata-kata sesat.
B*bi. Cib*i. Fu*k. Sia*.
Atas sesuatu perkara yang kecil saja padahal.
Walaupun setakat mendrill gigi sebanyak 0.2mm.

Sah kau sedang diuji.
Diuji oleh Maha Kuasa.

Melihat sejauh mana kau,
berbalik, bertawakal, bergantung, berdoa padaNya.
Lahaulawalakuwwata'illa billahil'aliyyil'azim.
Mengharapkan pertolonganNya dikala kau kesusahan.
Astaghfirullahal'azim.
Minta ampun atas segala dosa yang kau buat.
Dosa yang kau pun tak sedar kau buat.

Iyaa berdoa dan bersangka baik pada Tuhan adalah kuncinya.

Bukan memaki,
Bukan merengek,
Bukan menangis,
Bukan nak bunuh diri, dan
Bukan melepaskan kemarahan kepada orang lain.

Jangan layankan emosi dan nafsu sangat.
Syaiton melompat bahagia tengok kau begitu.
Begitu kejatuhan.
Dan putus asa.
XOXO

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

Hey freakos, thanks for stopping by :)