Sesungguhnya watak kau dalam hidup aku begitu bermakna sekali.
Begitu ianya memberikan impak besar dalam hidup aku.
Hati bahagia, hanya Allah boleh describekan untuk kau.
Supaya kau faham.
Itu pun kalau kau nak tahu.
Tapi....
Aku rasa aku macam watak ekstra dalam hidup kau.
Aku rasa kehadiran aku tak memberi apa makna pun dalam hidup kau.
Aku rasa kau tak sebahagia aku, sebagaimana aku bahagia dengan kau.
Aku sumpah, aku rasa macam itu.
Tapi itu apa yang aku rasa.
Apa yang kau rasa?
Fakta atau auta segala apa aku merapik di atas?
Tapi kenapa aku cenderung untuk memikir yang kau tak layan aku,
Yang kau tak balas mesej aku,
Tak balas segala yang aku buat di alam maya di profil kau,
Kerana kau ada masalah?
Kenapa?
Kenapa aku tak fikir kebenaran yang kau ada di sana apabila aku stress?
Yang kau ada di sana menceriakan hidup aku?
Yang kau ada di sana membuat hati aku berbunga?
Yang kau ada di sana memperbetulkan aku yang terserong marah akan takdir?
Kenapa?
mode: INSECURE AGAIN!
XOXO
No comments:
Post a Comment
Hey freakos, thanks for stopping by :)