Thursday, May 10, 2012

Minda.

Mindaku pelik. Kadang berfungsi laju, kadang lambat, kadang irrasional, kadang logikal, kadang salah, kadang alim, kadang dan kadang.

Aku bertaubat berkali-kali kepada Tuhan supaya diampunkan perlakuanku yang di luar kawalan minda ini. Iaitu menyalahkan takdir. Di bawah kawalan emosi, minda aku bermonolog dengan amarah, tidak puas hati, mengapa diri ini yang terpilih oleh Tuhan untuk menghadapi komplikasi daripada minda yang sebegini.

"Tidak adil!", kataku. Astaghfirullah.

Aku cemburu. Cemburu dengan rakan yang kuat ingatannya. Yang cepat responnya. Kuat kefokusannya. Aku sering ketinggalan, kelupaan dan hanya mampu fokus hanya 180 minit paling lama. Ya, entri ini semata-mata berkenaan aku yang kesal dan geram dengan fitrah mindaku.

Tapi apakah aku peduli dengan mereka yang tidak berfungsi mindanya? Apakah aku peduli dengan mereka yang gagal untuk berfikir secara rasional kerana menghidapi penyakit mental yang kronik? Apakah aku mengerti apa yang mereka rasa? Apa yang keluarga mereka hadapi? Malu? Sedih?

MashaAllah, betapa besarnya kuasa si pencipta aku, sebegini berjaya mengubah pemikiran aku yang ego. Aku yang kerdil ini madah menyalahkan takdir sahaja. Aku tidak bersyukur akan apa yang penciptanya kurniakan. Tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dicapainya. Astaghfirullah.

"Ampunilah diri ini, Ya Allah. Alhamdulillah atas segala nikmat dan musibah yang Engkau berikan. KepadaMu sahaja yang mampu aku berserah dan berdoa."

XOXO

No comments:

Post a Comment

Hey freakos, thanks for stopping by :)